22.9.13

Syukur itu kerja kita :)

September 2013. hampir setahun berkecimpung dalam bidang kejururawatan. bidang diminati khabarnya, kononnya. sampai sanggup buat u-turn dalam hidup dari Sains Kom ke Nursing. memang agak jauh menyimpang kan. so. babai sains kom. babai network. aku kini sah seorang jururawat terlatih u29. rilek la bai. aku nurse je pun. bukan makan orang. makan patient je. hahaha

so. how's life? orang sekarang update dengan twitter, instagram, keek dan macam macam lagi. aku ada jugak update kat situ. sekadar melepas batuk di tangga. mungkin kerna aku belum punya telefon bimbit yang canggih? tidak apa. semua itu boleh diperolehi dengan perlahan lahan.

hidup aku sekarang aku rasa macam dalam comfort zone. zon selamat dunia. tiada gangguan dalaman dan luaran. niat untuk jadi nurse sebab nak dok dekat dengan family. ye. dah pun tercapai niat tersebut. syukur ya Tuhan. kerna Kau aku beroleh apa yang aku dapat aku kecapi selama ini. semua dengan izin-Mu.. mari. kita sama sama bersyukur dengan apa yang kita punya sekarang, semua yang kita rasa sekarang ini adalah kerana izin Dia yang Maha Esa. mari. kita bersyukur..

0 cakap-cakap saja: