26.9.13

Jangan Risau

salam.. baru tauk pemergian Peijal dari Ani tok tek.. kakak aku baru singgah kejap rumah aku. nya tumpang iron tudung. rumahnya sekda karan. eh. pa nak cita tek. aok. pasal Peijal. nya bukan kawan aku. tapi kawan kakak aku. boleh aku padah sidaknya bestfriend time sekolah lok. Ani, Peijal, Hossen. Arwah dah sekda hari selasa riya. aku baru jak tauk dari Ani tok tek. padahal hari hari ko aku cek fesebuk yer. barangkali aku termiss berita ya kali.

hm.. sungguhpun nyer bukan kawan aku. tapi terasa sedeh juak bah. aku kenal nya bah.. tapi yalah tek. Allah sayangnya lebih. berdasarkan berita kawan kawannya. nya ninggal oleh pneumonia. ada madah lung infection. ada madah tuberculosis. apa pun sebabnya, ya semua hanya penyebab. tapi nya tetap dah pergi sikkan kembali. sungguh sekejap mun Tuhan dah maok ambik balit nyawa kita kan.

disebabkan berita berita macamtok aku sik kedekut rasa nak kontek kawan kawan. kalau aku rindu. aku terkenang. memang aku tetiba kontek, tanyak berita. sik maok rasanya dapat berita jak. berita sedih, dah ninggal apa semua. tapi. sekali gik. sapa kita nak kontrol semua ya nak? hampir juak busybody aku tok nanyak khabar orang bah kan. aha..

aku cuma harap. orang yang aku kenali sehat sejahtera. kaum kerabat keluarga semua sihat jak bah. aku tok pelik. cukup sik maok nak dengar khabar yang sik berapa nak menggembirakan. tapi sapa aku nak kontrol semua berita ya? dah namanya hidup memang akan berita gembira sedih kecewa pa suma bah. tapi yalah tek.

aku cuba buat apa yang termampu. nasib bait. kebanyakan kawan aku yang sama sekolah ada fesebuk. ada yang sik ada. tapi sekpa. yakin bahawa Tuhan ada jaga sidak. kalau ada kawan kawan lamak yang tetiba rasa nak tanyak khabar aku, please do so. aku sebenarnya selalu tanyak khabar orang secara tetiba. kawan yang baru sehari baru sebulan sama kelas. aku tanyak ko kenal aku sik. ko ingat aku sik. aku tegur jak. tapi sebenarnya juak, aku selalu kenak ignored. haha. mesti sidak nebes pikir aku tok ejen insurans atau MLM yang melambak sekarang tok kan.

jangan risau. aku misi biasa jak, yang bukan seorang agen insurans atau MLM atau broker tanah ka saham ka atau apa saja yang menjual barang kah apa. kalau aku tanyak berita. aku memang maok tauk khabar kau. jangan risau. aku ada kawan kawan rapat yang lain yang boleh aku mintak pinjamkan duit ngan aku. kalau itu lah yang kawan kawan lamak yang aku tegor dan ignored aku ya pikirkan pasal aku lah kan. haha jangan risau..

22.9.13

Syukur itu kerja kita :)

September 2013. hampir setahun berkecimpung dalam bidang kejururawatan. bidang diminati khabarnya, kononnya. sampai sanggup buat u-turn dalam hidup dari Sains Kom ke Nursing. memang agak jauh menyimpang kan. so. babai sains kom. babai network. aku kini sah seorang jururawat terlatih u29. rilek la bai. aku nurse je pun. bukan makan orang. makan patient je. hahaha

so. how's life? orang sekarang update dengan twitter, instagram, keek dan macam macam lagi. aku ada jugak update kat situ. sekadar melepas batuk di tangga. mungkin kerna aku belum punya telefon bimbit yang canggih? tidak apa. semua itu boleh diperolehi dengan perlahan lahan.

hidup aku sekarang aku rasa macam dalam comfort zone. zon selamat dunia. tiada gangguan dalaman dan luaran. niat untuk jadi nurse sebab nak dok dekat dengan family. ye. dah pun tercapai niat tersebut. syukur ya Tuhan. kerna Kau aku beroleh apa yang aku dapat aku kecapi selama ini. semua dengan izin-Mu.. mari. kita sama sama bersyukur dengan apa yang kita punya sekarang, semua yang kita rasa sekarang ini adalah kerana izin Dia yang Maha Esa. mari. kita bersyukur..