Ah. Apa aku tulis hilang gya jak. Haha. Baguslah kema. Yang ku ingat cuma. Welcome back. Haha. Potong stim nar tetiba ter refresh page tok tadik bahhhh~
4.1.19
26.9.13
Jangan Risau
salam.. baru tauk pemergian Peijal dari Ani tok tek.. kakak aku baru singgah kejap rumah aku. nya tumpang iron tudung. rumahnya sekda karan. eh. pa nak cita tek. aok. pasal Peijal. nya bukan kawan aku. tapi kawan kakak aku. boleh aku padah sidaknya bestfriend time sekolah lok. Ani, Peijal, Hossen. Arwah dah sekda hari selasa riya. aku baru jak tauk dari Ani tok tek. padahal hari hari ko aku cek fesebuk yer. barangkali aku termiss berita ya kali.
hm.. sungguhpun nyer bukan kawan aku. tapi terasa sedeh juak bah. aku kenal nya bah.. tapi yalah tek. Allah sayangnya lebih. berdasarkan berita kawan kawannya. nya ninggal oleh pneumonia. ada madah lung infection. ada madah tuberculosis. apa pun sebabnya, ya semua hanya penyebab. tapi nya tetap dah pergi sikkan kembali. sungguh sekejap mun Tuhan dah maok ambik balit nyawa kita kan.
disebabkan berita berita macamtok aku sik kedekut rasa nak kontek kawan kawan. kalau aku rindu. aku terkenang. memang aku tetiba kontek, tanyak berita. sik maok rasanya dapat berita jak. berita sedih, dah ninggal apa semua. tapi. sekali gik. sapa kita nak kontrol semua ya nak? hampir juak busybody aku tok nanyak khabar orang bah kan. aha..
aku cuma harap. orang yang aku kenali sehat sejahtera. kaum kerabat keluarga semua sihat jak bah. aku tok pelik. cukup sik maok nak dengar khabar yang sik berapa nak menggembirakan. tapi sapa aku nak kontrol semua berita ya? dah namanya hidup memang akan berita gembira sedih kecewa pa suma bah. tapi yalah tek.
aku cuba buat apa yang termampu. nasib bait. kebanyakan kawan aku yang sama sekolah ada fesebuk. ada yang sik ada. tapi sekpa. yakin bahawa Tuhan ada jaga sidak. kalau ada kawan kawan lamak yang tetiba rasa nak tanyak khabar aku, please do so. aku sebenarnya selalu tanyak khabar orang secara tetiba. kawan yang baru sehari baru sebulan sama kelas. aku tanyak ko kenal aku sik. ko ingat aku sik. aku tegur jak. tapi sebenarnya juak, aku selalu kenak ignored. haha. mesti sidak nebes pikir aku tok ejen insurans atau MLM yang melambak sekarang tok kan.
jangan risau. aku misi biasa jak, yang bukan seorang agen insurans atau MLM atau broker tanah ka saham ka atau apa saja yang menjual barang kah apa. kalau aku tanyak berita. aku memang maok tauk khabar kau. jangan risau. aku ada kawan kawan rapat yang lain yang boleh aku mintak pinjamkan duit ngan aku. kalau itu lah yang kawan kawan lamak yang aku tegor dan ignored aku ya pikirkan pasal aku lah kan. haha jangan risau..
di olah oleh Unknown di kala 12:35 PM 2 cakap-cakap saja
22.9.13
Syukur itu kerja kita :)
September 2013. hampir setahun berkecimpung dalam bidang kejururawatan. bidang diminati khabarnya, kononnya. sampai sanggup buat u-turn dalam hidup dari Sains Kom ke Nursing. memang agak jauh menyimpang kan. so. babai sains kom. babai network. aku kini sah seorang jururawat terlatih u29. rilek la bai. aku nurse je pun. bukan makan orang. makan patient je. hahaha
so. how's life? orang sekarang update dengan twitter, instagram, keek dan macam macam lagi. aku ada jugak update kat situ. sekadar melepas batuk di tangga. mungkin kerna aku belum punya telefon bimbit yang canggih? tidak apa. semua itu boleh diperolehi dengan perlahan lahan.
hidup aku sekarang aku rasa macam dalam comfort zone. zon selamat dunia. tiada gangguan dalaman dan luaran. niat untuk jadi nurse sebab nak dok dekat dengan family. ye. dah pun tercapai niat tersebut. syukur ya Tuhan. kerna Kau aku beroleh apa yang aku dapat aku kecapi selama ini. semua dengan izin-Mu.. mari. kita sama sama bersyukur dengan apa yang kita punya sekarang, semua yang kita rasa sekarang ini adalah kerana izin Dia yang Maha Esa. mari. kita bersyukur..
di olah oleh Unknown di kala 10:27 PM 0 cakap-cakap saja
7.5.13
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda yang sudi membaca..
lama tak di jenguk lama tak di jengah tapi di hati sentiasa diingat. apahal otak seakan beku?lama benar dah tak menulis dan mengarang mengereco kata orang Sarawak.. sungguh lama.lama sungguh. dan kini rasa macam berbelah bagi nak guna bahasa apa.
selalu. selalu sangat rasa begini bila tiap kali baru mula nak menulis lagi. wahai hati. janganlah gelisah. si pembaca ini tidak pernah mengadili pun siapa apa hati ini mahu dan tahu. haha. kekonon nak rhyme kan ayatkannn...
bukan lama tidak keudara. selalu saja rasanya. online facebook. twitter dah jarang. sebab entah. dan kini ada rasa nak bercerita. pasal diri? pasal kerja? pasal cinta? pasal keluarga? memang betul lah pasal diri lah saja. bukan pasal anda. pasal dia. takkan nak cerita pasal orang lan kan?
nak cerita ke pasal kerja? nak tahu ke? sebelum ni suka je kan bercerita pasal apa saja. kenapa sekrang dah kurang ye? tak macam dulu dulu tu. macam macam macam macam sangat nak cerita. hmm rindukan akma yang dulu katanya. si dia pun komen begitu. akma sekarang dah tak macam dulu.kurang bercerita. kurang berkongsi rasa. yakah?
baru hari ni bukak muka buku. macam dah reda sikit pasal PRU. eh eh ko jangan memandai nak sibuk bercerita pasal PRU gak maaa....tak tak tak..salah sekali. saja nak komen. orang sibuk bercerita pasal PRU tu. aku rasa macam. udah udalah kot.. bosan lah.. aku rindu nak tengok gambar orang post muncung itik. post orang suka itu suka ini. berdengah pasal family pasal anak buat itu buat ini. pasal orang tension keja dia. takpa. bagi peluang. bagi masa. nanti habislah cerita pasal PRU itu. anda sudah mendaftar sebagai pengundi ke?
berdengah = bercerita
berbalik kepada soal diri ini. diri ini telah berpunya. oh belum. belum. belum sah dimiliki lagi. hati ini dah sah. diri ini belum. gatai nak bernikah dah bunyi nye tu.kahkahkah
keja sebagai misi. di hospital sini. mana tu? sini je laa... hm.. sebagai ibu yang mengandung. apa jugak ye jagaan yang anda lakukan terhadap diri anda?anda pernah terpikir tak? sebab. kalau anda tak jaga diri anda sebaiknya. anak anda yang anda kandungkan sembilan bulan dan beberapa hari itu boleh lahir dengan sempurna tapi boleh mati setelah beberapa hari akibat daripada jagaan yang anda lakukan terhadap diri anda sendiri itu. apa yang aku ngerepakkan ini?
ngerepakkan = merepekkan
hari ini keja malam. jadi kupu kupu malam ini malam. hahaha rilek je lah mengaku kupu kupu malam. kupu kupu malam di ward ye. tak tidur 2malam.. dah nak masuk bulan ke 7 bekerja. baruuu 7bulan keja rupanya. hahaha asal rasa maca dah bertahun eh?
sebenarnya apa point aku sebenarnya ni?
di olah oleh Unknown di kala 3:01 PM 1 cakap-cakap saja
28.11.12
salam..hai..
asal cek facebook jak mesti ada invitation kawen. salu nya akan klik decline. pasya hati bercampur baur especially kalau dapat invitation dr invite-only event ya, rasa macam.. org dah choose ko untuk g wedding nya p ko sik dapat attend. rasa macam. alaaa sik best laa rasa macam turn down invitation orang tok memang sik best. aku salu macam ya. rasa macam ya. mungkin sebab orang jarang ajak aku ke siney siney.. so bila aku padah sik dapat on any invitation aku rasa macam sangat mengecewakan orang ya. sebab kadang-kadang orang memang berharap kita dapat datang bah, terutama sekali mun nya invite personally. by text, by call camya... hmm tapi disebabkan bermacam-macam alasan dan kedaan yang tidak mengizikan, terpaksa la menghampakan seseorang itu. so..lepas tok..disebabkan aku dah banyak turn down kan orang (rasanya lah aku dah kecewakan ramey orang kot) mungkin aku sikkan berharap gilak orang akan dapat attend majlis aku. eh?
di olah oleh Unknown di kala 8:48 PM 1 cakap-cakap saja
13.11.12
pa ko padah ya ma?
so many things to do. so many things to buy. so many places i want to go. i just live my very own life, start to think seriously about my life beginning at this very age. 26. i knew that most of my friends and maybe you are already achieved most of the goals in life. but i just started mine..
tidak bermaksud untuk mengeluh kesah atau mengadu domba. tetapi untuk mengingatkan diri ini bahawa hidup mesti dinikmati setiap saat. mungkin sebelum ini aku terlalu leka dan bersenang lenang dengan apa yang ada. tapi kini usaha untuk hidup. memastikan kemandirian spesis? usaha untuk mengekalkan, meningkat kehidupan yang baik kepada tahap sempurna terpaksa ditingkatkan dari hari ke sehari.
mulanya cuba untuk Englishkan diri sendiri. tapi nampaknya gagal. aku kaku untuk berfikir di dalam second language tersebut. bukan di dalam bahasa tersebut. di dalam bahasa pengantar ini pun aku rasakan gagap. kenapakah? adakah kerana aku kurang membaca? tidak seperti ketika zaman persekolahan dahulu. aku cukup suka mengarang karangan. aku selalu mendapat kepujian. apa yang penting aku sentiasa berpuas hati dengan setiap perkara yang aku lakukan.
tapi kini ku sedari bakat untuk mementingkan diri sendiri dan menyenangkan hati sendiri itu telah pergi sedikit demi sedikit. aku mula mengabaikan diri. aku biarkan masa berlalu begitu saja. sehinggalah saat ku memulakan langkah di dalam bidang kejururawatan. aku jumpa apa yang aku mahu dan aku suka. hehe
penting untuk seseorang itu memilih jalan yang dirinya sendiri redhai. kemudian barulah orang di sekeliling nya. kenapa? kerna seseorang itu sendiri yang perlu membuat hala tuju, membuat keputusan di dalam kehidupan yang penuh dengan dugaan dan godaan untuk membuat diri sendiri lemah, hilang semangat dalam menjalani kehidupan seharian. aku pernah merasai saat aku ingin berputus asa ketika aku sedang berada dalam jalan yang ku pilih dan ku suka. aku dicabar, aku dimalukan di khalayak ramai, perbuatan ku disalah ertikan, aku dinilai tanpa diri aku ini dikenali terlebih dahulu. ya, aku hampir berputus asa ketika itu. malah aku mengambil keputusan drastik untuk melakukan perbuatan yang melanggar peraturan. aku jadi rebel.
jadi.berbalik kepada kenapa seseorang itu penting untuk memilih jalan yang disuka dan diingini.. jika tidak kerana matlamat aku hendakkan kelayakan di dalam bidang kejururawatan. pasti dengan mudah aku akan tersungkur dan terus disingkirkan dek kerana rasa putus asa disebabkan kata-kata serta perbuatan yang memalukan aku selama lebih setahun. memang, memang aku akan sentiasa mengingati setiap detik yang ku lalui ketika itu. pperasaan itu tidak akan hilang. kata-kata dan perbuatan yang dilakukan terhadap aku ketika itu sangat memberi kesan kepada aku.
dan. sedikit sebanyak. bermula dengan rasa malu. rasa bersalah yang bersarang dalam diri. aku mula menerima segalanya dengan tenang dan sabar. aku teruskan hidup. aku sudah menangis untuk entah berapa kerap kalinya.. aku buang rasa rebel yang aku amalkan sejak di bangku sekolah. aku buang ego. buang perangai bodoh sombong dan degil yang ku rasa langsung tiada guna.
dan kini. terbit rasa di hati ingin berterima kasih kepada mereka yang telah menasihati, memberi galakan, memberi kata cabaran, memalukan aku di khalayak ramai, menghalang aku dari menikmati kesenangan hidup ketika itu, sepanjang tempoh itu. terima kasih. anda semua membentuk aku menjadi manusia semacam ini. dan aku yakin. aku bukan akma yang dulu lagi. mungkin lebih matang dan tidak lagi rebel. sesungguhnya aku bangga kerna aku menjadi seperti ini..
dah udah gik membebel yaaa log book polah gik nunnnnnnnn
di olah oleh Unknown di kala 11:47 PM 1 cakap-cakap saja
9.11.12
tadaaaaaah!!!
Assalamualaikum..
salam sejahtera kepada anda..lamak sik nanga lamak sik dengar berita..lamak sik bersua muka
saya lamak benar dah sik update blog saya tok oh.sayang mok delete sebab entah.
mungkin masih maok berporet di sitok?
saya mengalami krisis identiti.mok cakap bahasa apa?bahasa melayu baku?bahasa melayu sarawak?
saya ngereco sesuka hati saya jak lah?saya itok juak bahasa apa yang awak faham
awak selesa mok baca.sebab saya adakan blog tok untuk anda baca dan faham.
untuk saya kongsi apa saya rasa dan saya lalui..
jadinya..tidak kisahlah bahasa apa yang ingin saya gunakan yang penting blog saya dikemaskini
dari sehari ke sehari.saya cuba dan berjanji ntuk mengolah sebanyak mana cerita
rasanya dah lebih 2tahun blog ini sepi tanpa cerita.bukan tiada cerita untuk diceritakan tapi entah,
mungkin mood itu sudah kurang seperti mula dahulu
ah susah.cuba mula sekali lagik.aku akan menulis dengan cara entah apa apa
sudah cukup di dalam realiti aku hidup dengan disiplin yang tinggi
jadi rasanya tidak salah kalau dalam alam maya ini aku bermadah sesuka hati.ye dok?
hmm..aku la ni dah bukan student nurse lagi.akuu dah abis training dah dr nursing.dah ada diploma basik kejururawatan.
yes. i am a nurse. a graduated nurse. i get what i want. i do job i like. i do job that i chose.
aku training d sibu, bekerja pun di sibu. banggakah aku?bahagia kah aku?aku lebih suka dapat sarikei
mak bapak aku d sarikei.tapi.rezeki dah tercatat d luh mahfuz g dah..aku keja d hospital sibu.
d wad mana?
dapat ward scn/nicu..scn mungkin stand for special case nursery..dan nicu adalah neonates icu
seperti yang diketahui dari nama.ya.aku keja dengan pesakit yang baru keluar ke dunia
pesakit yang dilahirkan tidak cukup matang, pesakit bawah umur setahun rasanya..
sebab tiada lagi budak lebih setahun ,masuk ward aku.oh ya.fyi,aku baru nak 3minggu bekerja
tak terasa.nak sebulan dah keja rupanya. report duty 22 Oktober 2012 hari tu..
dan aku bekerja ikut shift.setakat ini keja shift pagi dan petang. well, i'm a nurse bah kan
night duty.mungkin bulan12 start.depends ngan sister incharge. aku yang menurut perintah
layankan sajaa... yang penting aku dapat gaji. cakap pasal gaji. tak tau bila nak gaji.
jadi.hari tu, orang lain dah gaji kan? kami yang baru masih lagi bekerja tanpa gaji
rasa macam betul-betul la sedia membantu
so.. keja aku.. balik keja tido. balik keja tido. memandangkan aku client aku adalah manusia
yang belum lagi mengerti apa itu dunia. dan sangat fragile. aku sangat takut dalam memberi ubat dan innjection.
dos kanak-kanak adalah sangat berbeza jika nak dibandingkan ngan adult okay.
kalau over dos pesakit boleh mati. kalau kurang dos. tak guna la bagi ubat
jadi. sebelom memberi ubat adalah wajib untuk kira berkali kali dos ubat
bila dah masuk nicu. nama da icu. jadi adalah mesin ventilator yang mana aku masih blur tahap gaban
aku tahu. senior staffs memang pandang kami yang baru ini macam semut je. tak pandai buat keja
tak pandai buat itu ini. tapi nak buat macam mana. dah betul lah kan?
takkan la start keja ja terus expert? uihh kalau boleh aku memang nak gak macamtu haha
jadi. sekarang ni masih dalam tahap belajar. 6bulan adalah masih di bawah seliaan mentor
hmm nasib baik laa ada program mentor mentee. kalau tidak? ternganga la nak tunggu orang ajar
hmmm
hari tu aku try set line..ermm vena puncture ke? ala. yang masuk jarum nak isi ubat dan drip tu
pernah try dua tiga kali. tapi tidak berjayaaaa
ko agak2 laaaa set line adult lagi kan aku fail. apatah lagi budak yang vena nya halus bak rambut
dengan bunyi baby menangis. dengan keadaan baby meronta ronta..
aku pulak yang rasa nak nangis. aduh kemaa.. berusaha lah lagi. anda boleh!
anda ada 10tahun untuk praktis! kahkahkahhh
dah. malas nak cita gik klak2 la kot..sajaa mok update selepas 20 tahun menyepi ahaaa
di olah oleh Unknown di kala 11:17 PM 1 cakap-cakap saja