salam..hai..
asal cek facebook jak mesti ada invitation kawen. salu nya akan klik decline. pasya hati bercampur baur especially kalau dapat invitation dr invite-only event ya, rasa macam.. org dah choose ko untuk g wedding nya p ko sik dapat attend. rasa macam. alaaa sik best laa rasa macam turn down invitation orang tok memang sik best. aku salu macam ya. rasa macam ya. mungkin sebab orang jarang ajak aku ke siney siney.. so bila aku padah sik dapat on any invitation aku rasa macam sangat mengecewakan orang ya. sebab kadang-kadang orang memang berharap kita dapat datang bah, terutama sekali mun nya invite personally. by text, by call camya... hmm tapi disebabkan bermacam-macam alasan dan kedaan yang tidak mengizikan, terpaksa la menghampakan seseorang itu. so..lepas tok..disebabkan aku dah banyak turn down kan orang (rasanya lah aku dah kecewakan ramey orang kot) mungkin aku sikkan berharap gilak orang akan dapat attend majlis aku. eh?
28.11.12
di olah oleh Unknown di kala 8:48 PM 1 cakap-cakap saja
13.11.12
pa ko padah ya ma?
so many things to do. so many things to buy. so many places i want to go. i just live my very own life, start to think seriously about my life beginning at this very age. 26. i knew that most of my friends and maybe you are already achieved most of the goals in life. but i just started mine..
tidak bermaksud untuk mengeluh kesah atau mengadu domba. tetapi untuk mengingatkan diri ini bahawa hidup mesti dinikmati setiap saat. mungkin sebelum ini aku terlalu leka dan bersenang lenang dengan apa yang ada. tapi kini usaha untuk hidup. memastikan kemandirian spesis? usaha untuk mengekalkan, meningkat kehidupan yang baik kepada tahap sempurna terpaksa ditingkatkan dari hari ke sehari.
mulanya cuba untuk Englishkan diri sendiri. tapi nampaknya gagal. aku kaku untuk berfikir di dalam second language tersebut. bukan di dalam bahasa tersebut. di dalam bahasa pengantar ini pun aku rasakan gagap. kenapakah? adakah kerana aku kurang membaca? tidak seperti ketika zaman persekolahan dahulu. aku cukup suka mengarang karangan. aku selalu mendapat kepujian. apa yang penting aku sentiasa berpuas hati dengan setiap perkara yang aku lakukan.
tapi kini ku sedari bakat untuk mementingkan diri sendiri dan menyenangkan hati sendiri itu telah pergi sedikit demi sedikit. aku mula mengabaikan diri. aku biarkan masa berlalu begitu saja. sehinggalah saat ku memulakan langkah di dalam bidang kejururawatan. aku jumpa apa yang aku mahu dan aku suka. hehe
penting untuk seseorang itu memilih jalan yang dirinya sendiri redhai. kemudian barulah orang di sekeliling nya. kenapa? kerna seseorang itu sendiri yang perlu membuat hala tuju, membuat keputusan di dalam kehidupan yang penuh dengan dugaan dan godaan untuk membuat diri sendiri lemah, hilang semangat dalam menjalani kehidupan seharian. aku pernah merasai saat aku ingin berputus asa ketika aku sedang berada dalam jalan yang ku pilih dan ku suka. aku dicabar, aku dimalukan di khalayak ramai, perbuatan ku disalah ertikan, aku dinilai tanpa diri aku ini dikenali terlebih dahulu. ya, aku hampir berputus asa ketika itu. malah aku mengambil keputusan drastik untuk melakukan perbuatan yang melanggar peraturan. aku jadi rebel.
jadi.berbalik kepada kenapa seseorang itu penting untuk memilih jalan yang disuka dan diingini.. jika tidak kerana matlamat aku hendakkan kelayakan di dalam bidang kejururawatan. pasti dengan mudah aku akan tersungkur dan terus disingkirkan dek kerana rasa putus asa disebabkan kata-kata serta perbuatan yang memalukan aku selama lebih setahun. memang, memang aku akan sentiasa mengingati setiap detik yang ku lalui ketika itu. pperasaan itu tidak akan hilang. kata-kata dan perbuatan yang dilakukan terhadap aku ketika itu sangat memberi kesan kepada aku.
dan. sedikit sebanyak. bermula dengan rasa malu. rasa bersalah yang bersarang dalam diri. aku mula menerima segalanya dengan tenang dan sabar. aku teruskan hidup. aku sudah menangis untuk entah berapa kerap kalinya.. aku buang rasa rebel yang aku amalkan sejak di bangku sekolah. aku buang ego. buang perangai bodoh sombong dan degil yang ku rasa langsung tiada guna.
dan kini. terbit rasa di hati ingin berterima kasih kepada mereka yang telah menasihati, memberi galakan, memberi kata cabaran, memalukan aku di khalayak ramai, menghalang aku dari menikmati kesenangan hidup ketika itu, sepanjang tempoh itu. terima kasih. anda semua membentuk aku menjadi manusia semacam ini. dan aku yakin. aku bukan akma yang dulu lagi. mungkin lebih matang dan tidak lagi rebel. sesungguhnya aku bangga kerna aku menjadi seperti ini..
dah udah gik membebel yaaa log book polah gik nunnnnnnnn
di olah oleh Unknown di kala 11:47 PM 1 cakap-cakap saja
9.11.12
tadaaaaaah!!!
Assalamualaikum..
salam sejahtera kepada anda..lamak sik nanga lamak sik dengar berita..lamak sik bersua muka
saya lamak benar dah sik update blog saya tok oh.sayang mok delete sebab entah.
mungkin masih maok berporet di sitok?
saya mengalami krisis identiti.mok cakap bahasa apa?bahasa melayu baku?bahasa melayu sarawak?
saya ngereco sesuka hati saya jak lah?saya itok juak bahasa apa yang awak faham
awak selesa mok baca.sebab saya adakan blog tok untuk anda baca dan faham.
untuk saya kongsi apa saya rasa dan saya lalui..
jadinya..tidak kisahlah bahasa apa yang ingin saya gunakan yang penting blog saya dikemaskini
dari sehari ke sehari.saya cuba dan berjanji ntuk mengolah sebanyak mana cerita
rasanya dah lebih 2tahun blog ini sepi tanpa cerita.bukan tiada cerita untuk diceritakan tapi entah,
mungkin mood itu sudah kurang seperti mula dahulu
ah susah.cuba mula sekali lagik.aku akan menulis dengan cara entah apa apa
sudah cukup di dalam realiti aku hidup dengan disiplin yang tinggi
jadi rasanya tidak salah kalau dalam alam maya ini aku bermadah sesuka hati.ye dok?
hmm..aku la ni dah bukan student nurse lagi.akuu dah abis training dah dr nursing.dah ada diploma basik kejururawatan.
yes. i am a nurse. a graduated nurse. i get what i want. i do job i like. i do job that i chose.
aku training d sibu, bekerja pun di sibu. banggakah aku?bahagia kah aku?aku lebih suka dapat sarikei
mak bapak aku d sarikei.tapi.rezeki dah tercatat d luh mahfuz g dah..aku keja d hospital sibu.
d wad mana?
dapat ward scn/nicu..scn mungkin stand for special case nursery..dan nicu adalah neonates icu
seperti yang diketahui dari nama.ya.aku keja dengan pesakit yang baru keluar ke dunia
pesakit yang dilahirkan tidak cukup matang, pesakit bawah umur setahun rasanya..
sebab tiada lagi budak lebih setahun ,masuk ward aku.oh ya.fyi,aku baru nak 3minggu bekerja
tak terasa.nak sebulan dah keja rupanya. report duty 22 Oktober 2012 hari tu..
dan aku bekerja ikut shift.setakat ini keja shift pagi dan petang. well, i'm a nurse bah kan
night duty.mungkin bulan12 start.depends ngan sister incharge. aku yang menurut perintah
layankan sajaa... yang penting aku dapat gaji. cakap pasal gaji. tak tau bila nak gaji.
jadi.hari tu, orang lain dah gaji kan? kami yang baru masih lagi bekerja tanpa gaji
rasa macam betul-betul la sedia membantu
so.. keja aku.. balik keja tido. balik keja tido. memandangkan aku client aku adalah manusia
yang belum lagi mengerti apa itu dunia. dan sangat fragile. aku sangat takut dalam memberi ubat dan innjection.
dos kanak-kanak adalah sangat berbeza jika nak dibandingkan ngan adult okay.
kalau over dos pesakit boleh mati. kalau kurang dos. tak guna la bagi ubat
jadi. sebelom memberi ubat adalah wajib untuk kira berkali kali dos ubat
bila dah masuk nicu. nama da icu. jadi adalah mesin ventilator yang mana aku masih blur tahap gaban
aku tahu. senior staffs memang pandang kami yang baru ini macam semut je. tak pandai buat keja
tak pandai buat itu ini. tapi nak buat macam mana. dah betul lah kan?
takkan la start keja ja terus expert? uihh kalau boleh aku memang nak gak macamtu haha
jadi. sekarang ni masih dalam tahap belajar. 6bulan adalah masih di bawah seliaan mentor
hmm nasib baik laa ada program mentor mentee. kalau tidak? ternganga la nak tunggu orang ajar
hmmm
hari tu aku try set line..ermm vena puncture ke? ala. yang masuk jarum nak isi ubat dan drip tu
pernah try dua tiga kali. tapi tidak berjayaaaa
ko agak2 laaaa set line adult lagi kan aku fail. apatah lagi budak yang vena nya halus bak rambut
dengan bunyi baby menangis. dengan keadaan baby meronta ronta..
aku pulak yang rasa nak nangis. aduh kemaa.. berusaha lah lagi. anda boleh!
anda ada 10tahun untuk praktis! kahkahkahhh
dah. malas nak cita gik klak2 la kot..sajaa mok update selepas 20 tahun menyepi ahaaa
di olah oleh Unknown di kala 11:17 PM 1 cakap-cakap saja