13.11.12

pa ko padah ya ma?

so many things to do. so many things to buy. so many places i want to go. i just live my very own life, start to think seriously about my life beginning at this very age. 26. i knew that most of my friends and maybe you are already achieved most of the goals in life. but i just started mine..

tidak bermaksud untuk mengeluh kesah atau mengadu domba. tetapi untuk mengingatkan diri ini bahawa hidup mesti dinikmati setiap saat. mungkin sebelum ini aku terlalu leka dan bersenang lenang dengan apa yang ada. tapi kini usaha untuk hidup. memastikan kemandirian spesis? usaha untuk mengekalkan, meningkat kehidupan yang baik kepada tahap sempurna terpaksa ditingkatkan dari hari ke sehari.

mulanya cuba untuk Englishkan diri sendiri. tapi nampaknya gagal. aku kaku untuk berfikir di dalam second language tersebut. bukan di dalam bahasa tersebut. di dalam bahasa pengantar ini pun aku rasakan gagap. kenapakah? adakah kerana aku kurang membaca? tidak seperti ketika zaman persekolahan dahulu. aku cukup suka mengarang karangan. aku selalu mendapat kepujian. apa yang penting aku sentiasa berpuas hati dengan setiap perkara yang aku lakukan.

tapi kini ku sedari bakat untuk mementingkan diri sendiri dan menyenangkan hati sendiri itu telah pergi sedikit demi sedikit. aku mula mengabaikan diri. aku biarkan masa berlalu begitu saja. sehinggalah saat ku memulakan langkah di dalam bidang kejururawatan. aku jumpa apa yang aku mahu dan aku suka. hehe

penting untuk seseorang itu memilih jalan yang dirinya sendiri redhai. kemudian barulah orang di sekeliling nya. kenapa? kerna seseorang itu sendiri yang perlu membuat hala tuju, membuat keputusan di dalam kehidupan yang penuh dengan dugaan dan godaan untuk membuat diri sendiri lemah, hilang semangat dalam menjalani kehidupan seharian. aku pernah merasai saat aku ingin berputus asa ketika aku sedang berada dalam jalan yang ku pilih dan ku suka. aku dicabar, aku dimalukan di khalayak ramai, perbuatan ku disalah ertikan, aku dinilai tanpa diri aku ini dikenali terlebih dahulu. ya, aku hampir berputus asa ketika itu. malah aku mengambil keputusan drastik untuk melakukan perbuatan yang melanggar peraturan. aku jadi rebel.

jadi.berbalik kepada kenapa seseorang itu penting untuk memilih jalan yang disuka dan diingini.. jika tidak kerana matlamat aku hendakkan kelayakan di dalam bidang kejururawatan. pasti dengan mudah aku akan tersungkur dan terus disingkirkan dek kerana rasa putus asa disebabkan kata-kata serta perbuatan yang memalukan aku selama lebih setahun. memang, memang aku akan sentiasa mengingati setiap detik yang ku lalui ketika itu. pperasaan itu tidak akan hilang. kata-kata dan perbuatan yang dilakukan terhadap aku ketika itu sangat memberi kesan kepada aku.

dan. sedikit sebanyak. bermula dengan rasa malu. rasa bersalah yang bersarang dalam diri. aku mula menerima segalanya dengan tenang dan sabar. aku teruskan hidup. aku sudah menangis untuk entah berapa kerap kalinya.. aku buang rasa rebel yang aku amalkan sejak di bangku sekolah. aku buang ego. buang perangai bodoh sombong dan degil yang ku rasa langsung tiada guna.

dan kini. terbit rasa di hati ingin berterima kasih kepada mereka yang telah menasihati, memberi galakan, memberi kata cabaran, memalukan aku di khalayak ramai, menghalang aku dari menikmati kesenangan hidup ketika itu, sepanjang tempoh itu. terima kasih. anda semua membentuk aku menjadi manusia semacam ini. dan aku yakin. aku bukan akma yang dulu lagi. mungkin lebih matang dan tidak lagi rebel. sesungguhnya aku bangga kerna aku menjadi seperti ini..

dah udah gik membebel yaaa log book polah gik nunnnnnnnn

1 cakap-cakap saja:

URGENT LOAN said...

Do you need Personal Loan?
Business Cash Loan?
Unsecured Loan
Fast and Simple Loan?
Quick Application Process?
Approvals within 4 Hours?
No Hidden Fees Loan?
Funding in less than 72hrs
Get unsecured working capital?
Email us: fastloanoffer34@gmail.com
Whats-app us on +918929509036